Isnin, 13 Disember 2010

Kuih Lopes

Resepi ni diambil dari mak mertua, sedap buat makan petang-petang. Ada macam-macam version tapi Nurul rasa yang ni yang paling simple so, selamat mencuba!

Bahan-bahan

beras pulut 2 cawan ( untuk lebih kurang 25 ketul-bulat-bulat kecil)
air (air hanya separas dengan beras pulut sahaja bila dimasak)
pewarna hijau
daun pandan
kelapa parut
garam
daun pisang (untuk membalut)
gula merah @ gula melaka 

Cara-cara

1.Basuh dan rendamkan beras pulut bersama pewarna hijau selama 3-4 jam.
2. Setelah direndam toskan beras dan rebus bersama air, masak beras pulut seperti memasak nasi cuma kurangkan airnya. Masukkan juga daun pandan untuk menambahkan lagi aroma, baru wangi dan best lopes kita nanti.

3.Setelah beras pulut tadi sudah masak, balutkan bersama daun pisang (kalau ada, kalau takder guna plastik tahan panas pun ok). Balut dengan padat supaya kuih lopes tu cantik bila dipotong dan tak berongga.

Gambar sebelah kiri adalah setelah beras pulut dimasak.Gambar sebelah kanan pulak adalah setelah beras pulut tadi dibalut dengan daun pisang dan telah sedia untuk dikukus.




4. Setelah beras pulut tadi dibalut kukuskan pulak dalam pengukus selama lebih kurang 15 minit. Saya buat kejap jer sebab pulut tadi dah dimasak so tak payah lama sangat pun takpa sebenarnya tak sabar nak makan sama.. lol.

5. Setelah sejuk potong bulat-bulat dan lumurkan dengan kelapa parut yg telah dicampur garam.

6. Untuk air gula, masak gula melaka or gula merah bersama air (jangan banyak sangat air nanti tak 'cow' air gula kita). Kacau perlahan dan biar sampai pekat. Tutup api  dan bolehlah dihidangkan dengan lopes tadi.


Jumaat, 3 Disember 2010

My Style Chicken Chop

Bahan-bahan
-ayam (chicken fillet )
-tpg jagung
-lada sulah
-bread crumbs
-garam
-telur

Side dishes
-coleslaw
-salad
-baked beans
-corn
-egg (pouched)
-chips @ french fries

Utk sos
-bawang putih (1 ulas)
-brown sauce (2-3 sudu besar)
-butter (1 sudu besar)
-tepung gandum
-sliced mushroom
-susu (fresh milk)
-pepper (white + black pepper)


Cara-cara
-chicken fillet , diratakan dengan garam dan lada sulah (perap lebih kurang 15 minit-lagi lama lagi bagus)
-kemudian ratakan dgn tepung jagung
-kemudian celup dgn telur
-dan lastly celupkan dalam breadcrumbs
-kemudian goreng , tnggu hingga kekuningan & angkat .

untuk sos:
-panaskan butter dan kemudian tumiskan bawang putih.
-masukkan tpg gandum (lagi banyak lagi pekat kuah).
-kemudian masukkan cendawan yang telah dipotong.
-masukkan  fresh milk lebih kurang 2-3 cawan kalau tak suka creamy sangat campur air sikit.
-kemudian masukkan  brown sos 3-5 sudu besar, tambahkan black pepper, sedikit lada sulah dan garam.
 hidangkan chicken fillet yang telah digoreng tadi dengan gravy nie..letak mana-mana side dishes yang suka.